Wednesday, March 2, 2016

Photography Business

Assalamualaikum.

Hi guys!

Ok ini memang iklan comersial untuk promote bisnes NADIQs.

Hello there world! We are from NADIQS Capture! We are very excited to annouce about our own photography  business is now officialy official! Wow! Hopefully you guys can support our business so well. This is our very first project and dont worry about the payment, As you guys know, we are very very new in this job, so please keep supporting us and we will do our best to capture your amazing moments perfectly! Our own instagram account, @nadiqscapture . You guys can see our capture portfolio over there! Do check it ou guys.

Our project is about:
-Birthday party
-Products
-Portraits
-Photobooth
-Farewell party
-Other small events

Need photographer to capture all your moments? Nadiqs Capture can be the one!

You guys can DM Nadiqscapture instagram for any inquiries or want to book us.

Pengalaman Mencari Ilham Menjadi Photographer

Assalamualaikum.

Hi Guys! How's your day today?
Ok. Kita straight to the point je, sebab tak nak cakap banyak.

Aku dan kawan aku, Nad, ada buat bisnes kecil-kecilan. Its a Business Photography! Kami memang sangat baru dalam bidang. Memang zero pengalaman. ZERO. Tapi, kitorang tetapkan pendirian kitorang untuk teruskan jugak hasrat dan impian kitorang tu. Just for fun, you know.

Mula-mula ni memang kitorang akan jalankan kerja untuk keseronokan kitorang sendiri. As our hobby. Aku dan kawan aku memang banyak kongsi minat yang sama. Salah satunya, YES! Kitorang suka ambil gambar! Everyday we try to snap a great picture. Dari satu dah terdetik untuk jadikan hobby kitorang as a job. A part time job because we are very very very new.

Ia bermula start Jun 2015. Memandangkan kitorang suka ambil gambar lawa-lawa, so we decided to meet up! Kitorang start untuk mencari sesuatu tempat yang lawa sekitar kawasan tempat tinggal kitorang.. Tetapi ia berakhir dengan kehampaan. Semua tempat yang kitorang idamkan diatas bukit semua dah jadi penempatan perumahan mewah yang ada guard. But its okay, lepas tu kitorang stop di kawasan perumahan yang belum ada orang yg duduk. Tempat tu boleh laa kitorang stop sebab dah penat, then kitorang snap beberapa gambar. Pandai2 la kitorang edit jadi cantik kan. OK itu first kitorang sama2 cari ilham. hihi

2015 itu tahun kitorang duduki pepriksaan spm. So we stop our hobby for a while because the exam.
Lama jugak kitorang stop.

5 Feb 2016.
Aku dan Nad plan pegi stesen keretapi Kuala Lumpur. Tempat dia memang rare. Sampai je situ memang kitorang terpesona sekejap.. Tak adalah macam jakun, cuma tempat tu lawa. Banyak gambar kitorang snap kat situ. Lepastu dah bosan, kitorang keluar, pegi pejabat ktmb kat depan dia. Sebelah dia, Masjid Negara. Seronok ambik gambar lawa lawa and posing posing kat situ en. Bila fikir2 balik, why not kitorang jadikan hobby kitorang ni sebagai duit. hahaha Tak ada lah harap sangat duit tu, cuma nak enjoy the life je. Sebab bila nak mintak duit rasa macam tak layak je sbb budak hingusan baru nak berjinak dalam dunia photography ni..

Dah lama sebenarnya, acc instgram kitorang create untuk jadikan acc simpan gambar lawa2 en. Tapi macam dah berhabuk je acc tu. Kitorang decide jadikan acc tu sebagai instabisnes kitorang. Lama gak kitorang fikir nama yang comersial untuk dijadikan nama exclusive kitorang. Penat dah otak nak fikir, rasa nak pecah. ok tipu. Tapi memang betul pun.

18 Feb 2016
Terlahir lah nama yang kitorang tunggu saat itu. NADIQS Capture is the one. Nama yang direka khas hasil ciptaan kami bersama. Nad+Faiq = NADIQ. Nak lagi gempak kan, tu yang jadi nadiqs tu. Muahaha. Well, kitorang baru lagi kot dalam benda and kitorang decide untuk buat benda secara sukarela untuk tambah kan lagi pengalaman kitorang. Tapi harga yang kitorang syorkan ni memang murah kot. Bagi lah sikit en untuk duit poket kami. Nak tengok contoh gambar yang lawa tu, jangan lah lupa jangan segan pegi stalk acc instagram @nadiqscapture tu ye..

Personal acc ; @faiqahsuraiya @mira_nad

Thank you! Adios~

Nak Ambil Course apeni

Haha, basically ini entry masa aku tengah bosan dan aku buntu.

Electrical Engineering?

Dilema ~

Tengok jela link ni  > Cerita ceriti

Friday, February 12, 2016

Pengalaman Arkitek

Aku  mana ada pengalam jadi arkitek, so that aku nak share salah satu blog yang beri aku inspirasi. Jangan malu-malu untuk  klik here

Friday, January 15, 2016

Jatuh, sumber kekuatan?




Lima tahun dulu 

"Nik Haseef Irsyad,"

Irsyad menoleh, memandang wajah sahabatnya. Sahabat terbaiknya. Keningnya terangkat sebelah.

Aiman Luthfi tertunduk memandang kakinya yang berpijak di atas pepasir pantai.

"Nanti kita akan terpisah. Kau nak kena sana, aku teruskan di sini. Doakan aku kuat."

Senyum, "Aiman, kau kan hebat. Dalam bab agama, kau jauh lebih berisi. Dalam bab tauhid fiqah, kau lebih mantap. Dalam apa-apa situasi juga, kau lebih banyak berbanding aku. Aku takut, aku yang jatuh di negara orang."

Tangan kiri Aiman Luthfi terus menyentuh bahu kanan Irsyad. Dia menggeleng, air mukanya jelas menggambarkan keseriusan, "Syad, aku bukan malaikat. Iman aku yazid wa yanqus."

Angin lembut menampar wajah mereka, mengelus rambut kedua pemuda itu.

Irsyad mengetap bibir bawah, mengangguk perlahan namun wajahnya ditundukkan. Tak sanggup bertentang mata dengan sahabatnya.

Tubuh Nik Haseef Irsyad dipeluk erat, "Kalau aku jatuh, tolong tarik aku semula." Bisik Aiman Luthfi perlahan.

Irsyad mengangguk lagi. Tubuhnya terasa lemah. Seakan perpisahan yang bakal berlaku, adalah perpisahan selamanya.

"Permintaan kedua aku, tolong doakan aku, selalu." Pelukannya bertambah erat. Ada butir-butir jernih yang meluncur laju di pipinya. Irsyad membalas pelukan itu.

Sebak. Sesak. Lelah.

Dalam keadaan separuh berbisik, "Aiman, ini bukan yang terakhir kan?" Kepalanya terasa berat, dadanya terhimpit sesak. Sebak. Air matanya sudah ada yang gugur menyentuh jersi Arsenal milik Aiman Luthfi.

Dalam senyuman menahan sebak, Aiman Luthfi menggeleng, walau dia tahu Haseef Irsyad pasti tak mampu melihat gelengan serta senyumannya. Namun dia yakin, Haseef Irsyad mampu rasa pergerakkannya tadi.

"Ini bukan pertemuan terakhir. Juga bukan perpisahan terakhir. Kita akan bertemu kembali di syurga, dan kita akan berpisah lagi sewaktu ajal menjemput pergi."

Tenang suara Aiman Luthfi, walau getaran suaranya menahan sendu.

Haseef Irsyad meleraikan pelukan. Aiman Luthfi juga berundur setapak ke belakang.

"Nanti kau jauh dari aku," Haseef Irsyad bersuara lemah.

Aiman Luthfi ketawa kecil, tangan kanannya menyentuh dada Haseef Irsyad, "Aku jauh pada zahirnya. Tapi hakikatnya, aku ada di sini."

Dia menepuk perlahan dada Irsyad beberapa kali.


Nafas terkeluh berat.

Janji. Mampukah aku?

Akhir-akhir ni aku suka betul buat cerita kurang menarik sebagai pemula bicara. Acewah. Kalau malas nak baca, boleh je nak skip. Kalau malas nak skip, boleh je clos tab. Aherherher.
"Munafik itu, bila berkata-kata, dia berdusta. Bila diberi amanah, dia khianat, dan bila berjanji, dia mungkiri." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurayrah.
Ramai antara kita, yang lancar menutur janji. Tapi apa yang terhasil tak selancar tuturan kata janji itu sendiri.

Ada masa, jatuh juga satu sumber kekuatan. Percaya? Okay macam ni, kalau kita tak pernah jatuh, adakah kita akan tahu di mana titik kelemahan kita? Kalau kita sentiasa di atas, macam mana kita nak tahu apa rasanya berada di bawah? Bila kita gagal, baru kita dapat merasa manisnya nikmat kejayaan. Sebab itulah, jatuh juga sumber kekuatan.

Kawan, kekuatan sebenar kita, bila kita tak rasa bangun qiamullail itu satu bebanan. Bila kerja dakwah yang payah itu juga masih dirasa satu nikmat. Sebab bukan semua orang dapat rasa nikmatnya dakwah tarbiyah. Jadi, sebagai yang terpilih, kenapa sikit sangat bersyukur?

Aku ada dua berita gembira, dan satu berita sedih. Nak tahu yang mana dulu?

Okey aku bagi berita sedih dulu, boleh?
"Sesungguhnya barangsiapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sungguh baginya adalah neraka Jahannam." - [Taha:74]
Sedih tak berita ni? Berita ancaman bagi orang-orang yang tak sempat bertaubat, namun nyawanya sudah dijemput pergi. Jadi kenapa masih nak lengahkan bertaubat, sedangkan mati tak pernah boleh dilewatkan.

Now aku bagi dua berita gembira pula eh?
"Tetapi barangsiapa datang kepada-Nya dalam keadaan beriman, dan telah mengerjakan kebajikan, maka mereka itulah orang yang memperoleh darjat yang tinggi (mulia)" - [Taha:75]
"Iaitu syurga-syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah balasan bagi orang-orang yang menyucikan diri." - [Taha:76]
Jadi best tak berita gembira ni? Ganjaran bagi orang yang bertaubat, menyucikan diri dari dosa itu adalah syurga.

Banyak mana pun dosa kita pernah buat, Allah sedia untuk ampunkan. Tapi syaratnya satu lah, minta keampunan tu pada Dia. Allah tu Maha Pengampun. Bawa dosa seluas langit dan bumi sekalipun, keampunan Allah tu jauh lebih luas.

Jatuh dalam lumpur maksiat, bukan alasan untuk tak bangun semula, keluar dari lumpur tu dan pergi bersihkan diri semula. Ingat, keampunan Allah itukan jauh lebih luas. Yakinlah, Allah tak pernah mungkir janji.

Kalau sibuk dengan study, assignment, kerja sekalipun, solat jangan tinggal, baca Quran paling kurang sehari satu muka surat. Boleh tak? Jatuh banyak kali pun, bukan alasan untuk tak boleh bangun semula. Okey? Senyum!


Tanggalkan Kaca Matamu , cc: Budak tomato

Rasa macam gelap. Tak ada masa depan. Down. Ya, aku sangat sangat sangat jatuh sejak akhir-akhir ni. Makin lama, makin mudah bermain emosi. Rasa nak putus asa, rasa nak berhenti melangkah. Rasa nak terus saja terbaring di jalan ni. Taknak bergerak, walau sikit.

*tampar diri sendiri*

Bangunlah. Bangun. Jalan juang ni bukan jalan untuk orang yang lembik. Bangun. Gelap yang kau nampak tu, sebab kau pakai cermin mata gelap. Bukan sebab pandangan kau memang gelap. Tak. Itu cuma cermin mata yang kau pakai.

Diri,

Kau kata syurga tu bukan untuk orang-orang biasa. Tapi tanpa sedar, kau juga manusia biasa. Terlalu biasa. Sebab tu mudah saja tersungkur bila di caci. Mudah rebah bila di hina. Mudah bersangka buruk dengan orang sekeliling.

Apa kau ingat hati kau bersih sangat? Kau tulis entri baik-baik di blog. Kau lakarkan ayat-ayat dakwah di twitter. Kau pendekar alam maya. Berdiri megah, melangkah gagah. Realiti? Kau hancur. Sudah-sudahlah.

Assignment biar tak bersentuh. Tapi benda lain boleh pula buat, kan? Study malas. Tapi main dota boleh pula rajin kan? Exam buat nak tak nak, tapi result nak gempak, kan? Ibadah nak cepat, tidur nak lama, makan nak sedap, rumah nak bersih, duit nak banyak, Al Quran? Ah satu dua muka surat sehari kira okay lah tu. Kan?

Benda lain semua nak seronok. Bila masuk gear ibadah, cukup ala kadar. And then kau expect diri nak masuk syurga? Sedarlah diri tu, sedar.

*nangis*


Awak yang diberi keizinan mengawal jasad,

Awak sedar tak semua yang Allah bagi ni pinjaman? Awak sedar tak duit berkepuk-kepuk dalam dompet tu semua Allah yang punya? Awak sedar tak awak bernafas tu atas izin siapa? Awak sedar tak masa lapang awak terbazir sia-sia? Awak sedar tak masa yang dah berlalu tu tak boleh di ulang semula? Awak sedar tak hidup awak diperhatikan Dia? Awak sedar tak jantung awak tak berhenti berdegup waktu awak buat dosa tu atas rahmat dan kasih sayang siapa?

Sedar tak awak?

Awak masih tak sedar?

*lempang diri sendiri lelaju*


*tulis surat untuk diri sendiri*

Kehadapan anda yang bermuka-muka,

Anda yang kononnya sibuk ikut usrah,


Anda yang kononnya dekat dengan Allah,


Anda yang yang doplohpat jam disanjung manusia,


Anda yang sentiasa senyum kononnya dah yakin tak mungkin menjejak neraka,

Anda, anda boleh jamin ke senyuman anda ni akan terus kekal hingga ke syurga? Atau senyuman ni terukir sampai mati saja?

Sudahlah.

Anda, anda tahu tak anda buat dosa hari-hari? Tapi anda sedar tak anda nak buat solat taubat pun belum tentu sebulan sekali? Anda kata nak masuk syurga, tapi kenapa tak berperangai macam ahli syurga?

Anda kata anda nak jadi soleh dan ajak orang lain jadi soleh.

Anda kata anda nak tengok Islam tertegak di muka bumi.

Anda bercita-cita tinggi.

Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?

Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu."

Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?

Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.

Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.

Sekian,

Luahan Hati Anda



*tarik nafas dalam-dalam*


Dia tahu aku down. Dia tahu aku penat. Dia tahu aku lemah. Dia tahu aku lelah. Dia tahu betapa hancur luluh hati aku. Dia tahu betapa tak bermaya aku nak terus melangkah. Dia tahu.

Tapi Dia nak aku tahu, 67:13.

Surah Al Mulk. Ayat 13.

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."

Nangis.

Argh! Pedih. Hati ni pedih. Sakit.

Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu.

Allah sayang aku. Allah tahu aku mampu. Sebab tu Dia terus terusan bagi aku ujian. Dia bukan benci aku. Tapi sebab ujian yang hebat cuma untuk orang yang hebat.

Ajaib urusan mukmin, bila ditimpa musibah, mereka bersabar. Bila diberi nikmat, meraka bersyukur.

Rasa macam...

Beriman ke aku ni? Bila ditimpa musibah, menangis. Bila Allah uji, jatuh. Bila Allah tarik nikmat, mengeluh. Bila Allah kurniakan rezeki, lupa bersyukur.

Lalu aku duduk. Mata masa habuk.


Digelar 'pendakwah' bukan satu yang boleh dibawa main. Ini amanah, dan perkara yang paling berat dalam dunia ni adalah amanah.



"Kau tahu tak, kebanyakan pendakwah ni kaca. Cuma segelintir saja yang mutiara."

"Apa maksud kau?"

"Kaca tu benda senang nak dapat. Rapuh pula tu."


"............."


"Mutiara tu mahal. Susah nak dapat. Tahan lasak, susah pecah, kuat."


Diam. Nak marah, ada betulnya. Nak setuju, hati macam taknak terima.


"Aku taknak kau termasuk dalam kategori kaca. Sebab kaca dan mutiara, kilauannya sama. Tapi, nilainya berbeza."


"Apa yang boleh buat aku jadi mutiara?"

"Buang riyak. Buang rasa bangga diri yang tumbuh dalam ni."


Katanya sambil tepuk dada aku beberapa kali.


Terasa semacam terkena renjatan elektrik. Pedih tertusuk sampai ke ulu hati.


"Ha lagi satu, tarbiyah ni bukan untuk orang yang manja."


"Contoh manja?"

"Bila ditegur, dia melenting. Bila dinasihat, dia marah. Kononnya dia sorang betul. Bila diberi kerja last minute, dia mengeluh. Mudah putus asa."


Jeda seketika.


"Lagi?"

"Muhasabah diri. Apa negatif yang ada dalam diri, besar kemungkinan, ia termasuk dalam kategori manja tu."


Lalu dia pergi.


Termenung.


Kawan tu, yang datang dan tegur untuk sama-sama perbaiki. Bukan sekadar datang dan puji lalu berlalu pergi.



Lalu aku tanggalkan kaca mata ini. Kaca mata yang menunjukkan segala kebaikan yang pernah aku buat. Mula melihat dosa yang aku buat selama ni dan aku abaikan kononnya Allah tu sifatnya bukan Maha Melihat.


indah penulisan dia :)

Pulang setelah sekian lama

I am back for a long time, yeah.

Tak ada apa nak cakap.
Tak ada apa nak di share kan buat masa sekarang.

Harap korang dapat enjoy life korang ya!