Im in Mecca.
Salah satu benda yang belajar dan aku perasan, aku tidak teruja untuk menyambut hari raya malah lagi berlumba-lumba dengan umat islam dekat sini untuk terus kejar ibadah 10 malam terakhir ramadhan. Orang lain, umat manusia kat sini satu pun aku tak perasan ada yang excited nak raya. Aku rasa orang2 kita je bila dah seminggu sebelum raya tu terus lupa yang ramadhan ni nak tinggalkan kita dah....
Aku sangat bersyukur aku dapat rasa vibes ramadhan di sini dari awal sampai habis. Diorang tak pernah rasa nak tinggal kan ibadah ramadhan. Ada yang nangis2 tak nak ramadhan pergi. Merayu2 supaya dipertemukan ramadhan lagi pada tahun2 berikutnya. Beruntungnya orang yang selalu berebut2 buat ibadah untuk kejar redha Allah ni.
Aku semakin sayu. Hati ini semakin hiba bila ramadhan dah nak pergi. Apa aku masih punya waktu dan harapan untuk bertemu nya pada tahun hadapan? Dan tahun2 akan datang? Betapa aku terasa sekali selama ini aku dikeliling dengan suasana yang tidak mengajar aku apa erti hiba ditinggalkan oleh ramadhan. Aku sedih ramadhan pergi. Tahun ni tahun yang paling cepat sekali ramadhan lalu. Laju nya dia nak pergi dah.
Aku hanya mampu berdoa supaya aku dapat jumpa ramadhan tahun-tahun akan datang. Kerana ramadhan bulan yang penuh barakah, bulan yang pintu taubat dibuka seluas-luas nya, bulan yang sangat tenang, bulan yang tidak sama seperti bulan-bulan yang lain, bulan yang paling dinanti-nanti untuk rebut redha Allah.
Ya rabb, pertemukan aku, dan umat manusia yang lain dengan ramadhan lagi pada masa akan datang. Kerana ramadhan kali ini rasa tidak tercukup untuk kami merebut peluang keemasan yang diberikan oleh-Mu. Semoga ramadhan yang akan pergi ini dan yang telah pergi itu adalah ramadhan-ramadhan yang terbaik buat kami.