Basically, entry ini aku nak cerita pasal diri aku, process aku nak ke alam universiti ((amboi ayat macam nak masuk alam lain)) haha k.
As you know who i am, now, yang hidup as architecture student ni. Sangat lah berat tanggungan dia. Jangan berangan lah nak dapat tidur lena yang mencukupi kecuali hari cuti.
Ok lah aku tak nak cerita pasal tu.
Aku nak cerita pasal angan-angan aku.
Basically, aku tak pernah pun pasang cita-cita aku setinggi langit sejak sekolah menengah. Ada pun cita-cita as macam untuk lead minat aku kearah itu. Tapi sejak aku sekolah menengah lah, cita-cita aku semakin pudar. Ada tu ada. Tapi pudar lah. Sebab aku tak adalah secerdik mana. Tak sampai tahap pintar budak pintar dalam sekolah. Even dalam kelas.
So dari situ, aku macam konon sedar diri sikit lah. Even aku ada jugak pasang cita-cita aku nak jadi engineer. Tapi tulah susah. Subjek sains kena skor la wey kalau nak sambung course tu. Aku memang kirim salam jelah kan. Ada pun subjek agama yang boleh cover aku bila aku tak dapat nak meluluskan diri aku dalam subjek sains tu.
Masa sekolah pun, bila orang tanya cita-cita aku apa. Aku akan jawab arkitek. Padahal aku tak terlintas pun nak ke arah tu dengan serious. Sebab aku bukan ambik LK (lukisan kejuruteraan) pun. Bila aku nak jawab cita-cita aku nak jadi engineer kang kena ketawakan dek orang pulak. Yelah, tengok je result aku setiap penggal mesti macam tak layak nak masuk course tu. Dah lah susah nak dapat, nak belajar pun susah nak maintain skor pointer. Haaa sudah.
And minat aku pada arkitek ni, senang citer aku macam main sebut je. Tah dapat jadi tah tidak, kan? Selama aku cakap kat diri aku nak arkitek pun memang ada rasa ragu-ragu pun.
"Eh betul ke aku nak jadi arkitek ni?"
"Eh boleh ke aku dapat course ni?"
"Layak kah aku?"
Start lepas spm, aku mula explore tentang course-course ni dan kerjaya. Sampai ada satu tahap, aku cakap dengan mak aku nak jadi macam dia, kena ambik course electrical engineering. Sebab boleh mewarisi dia buat Airport Lighting. Yang tu lagi lah ragu-ragu. Sebab aku ni bukan dari kalangan murid yang bijak mana. Risau aku tak boleh bawak je. Aku sendiri ragu-ragu dengan cita-cita aku sendiri.
Mak aku yang nak sangat aku masuk universiti ni, sampai sanggup survey universiti swasta, Uniten sebab nak sambung engineering punya pasal. At the same time, betul ke aku minat course tu?
Ke tangkap muat je, asalkan dapat sambung belajar? Aku sendiri keliru.
List upu tu pun aku campur adukan semua course yang berkait dengan aku. Tapi aku tak tahu kenapa aku confident sangat, first and second aku ambik course senibina. And yang kebawah aku start pilih subjek english, Bahasa arab, subjek2 agama tu dan last sekali aku selitkan sekali diploma senibina & diploma engineering. Yelah kan mana tahu, dapat, jadi ler jugak sambung course tu even kat poli. Politeknik pun bagus whatt.
Tapi akhirnya, aku tak dapat semua course yang aku mohon. Mungkin aku main mohon je tak ikut kelayakan aku. Satu lagi, compete dengan budak seluruh Malaysia nak masuk universiti ni. Agaklah kecewa dia. Tahap aku rasa aku macam dah tak kuat nak hidup. Dengan pressure parents and family aku bagi. Yelah siapa je nak tengok anak dia tak dapat sambung belajar? Kawan-kawan rapat semua dapat masuk. Tetiba part aku? Tak dapat. Tipu lah kata tak sedih. Tipu kalau parents pun tak sedih. But im glad and thankful that i got a very supportive family. Yang tak henti-henti doa untuk aku.
Sedih tu adalah, sebab aku dapat rasakan kekecewaan diorang even diorang tak tunjuk ((walaupun ada part yang hampa tu dilepaskan jugak)). But yeahhh hidup kena diteruskan. Jangan berhenti berjuang lah untuk impian selama ni.
Suatu hari aku try hari terbuka UTMKL ni and aku try nak mohon architecture but orang tu pun ada kata peluang tipis untuk aku and ini bergantung pada interview. Ada lah sikit rasa macam kecewa sikit. Interview pun dapat panggilan, and aku pergi dengan penuh perasaan nervous.
Alhamdulillah...
Sememangnya doa ibu dan ayah tu makbul. Aku dapat masuk Universiti Teknologi Malaysi (UTM) kampus KL, dalam course Diploma in Architecture. Time tu sumpah tak percaya yang akhirnya aku dapat masuk U! Maigod. Benda jadi dengan sekelip mata je. Hanya tuhan jelah tahu perasaan dia happy macam mana. Kekecewaan ibu ayah, kini dah berakhir. Berkat doa parents dan yang lain juga semuanya yang never stop mendoakan. Allah dengar doa-doa korang! Terima Kasih.
Sejak hari tu, aku terfikir..
Aku tak sangka kata-kata aku selama ni semua doa. Padahal aku just cakap je, at the same time aku tak sangka pun aku akan ke arah benda yang aku selalu sebut sebelum ni.
Selama aku main-main je cakap nak jadi arkitek. Nak sambung pun, course Architecture nanti. Pilihan upu yang pertama pun, Architecture. Confident gila. Padahal tak confirm lagi tu. Dah selalu sangat cerita pasal arkitek, terus didorongkan straight kearah itu. Mashaa Allah, kuasa Allah. Petunjuk dari Allah nak aku gapai cita-cita.
Mungkin itu salah satu tanda yang memang aku kearah itu gamaknya. Memang hikmah Allah tu maha agung. Allah duga aku kejap je sebab tak dapat tawaran dari mana-mana uni. Rupanya Allah nak bagi yang lebih baik untuk aku. So aku terima dengan hati yang sangat terbuka :) Walaupun hakikatnya memang sangat lah payah hidup as student ni.
Cerita aku ni buat aku teringat satu baris dari rangkap lirik Joe Flizzow ft SonaOne -Apa Khabar. Memang betul pun,
"Angan-angan jadi impian, impian jadi cita-cita"
Kita mula dengan angan-angan. Tup tup benda yang kita angankan tu, jadi impian kita nak diburu sekaligus jadi cita-cita kita untuk kita gapai. Terima kasih, ilham!
Ayuh semangat!
Kumpul balik sumber kekuatan kita untuk terus kekal dalam perjalanan hidup yang semangnya berwarna-warni. Biasalah bila dihantarkan dugaan. Pasti disusuli hikmah yang jauh lagi bagus. Kita mana tahu kan?
Jangan berhenti sangka baik dengan Allah :)
Semoga terus tabah dalam usaha gapai cita-cita!
Sekian.
.