Wednesday, May 2, 2018

Terima Kasih, Sahabat!

Aku baru sedar. Betapa penting nya sahabat dalam dunia ni. Sahabat di dunia untuk akhirat. Kau tidak perlu siapa siapa untuk mengadu meraung melainkan sahabat yang akan tetap sentiasa berada disisi bila diperlukan. Sahabat yang setia menemani disaat kau tidak punya siapa siapa yang kau percaya ((selain keluarga)).


Sahabat yang kau sangat perlu untuk memberi bimbingan dan sama sama nasihat sesama sendiri dan sentiasa saling mengingati apa yang kita lupa. Sahabat tidak akan pernah meninggalkan sahabatnya jatuh tersungkur lemah longlai keseorangan. Sahabat akan sentiasa memberi semangat disaat kau merasai dunia ni sangat kejam untuk kau. 


Apa yang aku faham, sahabat yang paling aku sanjung adalah sahabat yang sentiasa mengingat kan kita kepada Allah. Yang sentiasa percaya bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Yang sama sama mengajak kita kearah kebaikan. Yang sama sama turut merasa kesedihan yang dialami. Yang sentiasa menjadi tulang belakang kita ketika jatuh dan bangun, susah dan senang. Yang sentiasa ada saat air mata jatuh membasahi pipi. Yang sentiasa beritahu, kita semua ada Allah.

Tetapi sahabat juga tidak semestinya sentiasa berjumpa, sentiasa berhubung. Kerana pada hakikatnya, sahabat juga manusia biasa yang ada matlamat sendiri untuk capai cita-cita. Tidak berhubung setiap hari. Setiap minggu pun jarang sekali. ((Tetapi kalau dah berjumpa, akan bercerita tanpa henti))

Tetapi inilah adat bersahabat. Tidak perlu sentiasa bersemuka. Tetapi di saat memerlukan, masing-masing ada. Doa menjadi ikatan yang terus hubungkan persahabatan ini.

Sahabat itu tidak semestinya tidak berpisah langsung

“True friendship isn’t being inseparable, its being separated and nothing changes”
-Quotes


Aku tidak mampu untuk berterima kasih selama nya kepada sahabat2 aku yang sentiasa berjasa pada aku. Selagi aku hidup selagi itu juga aku masih memerlukan jasa-jasa mereka yang selama ini adalah salah satu sumber  kekuatan aku untuk terus berjalan. 

Cukup la sekadar kiriman doa yang dapat aku pohonkan dari Maha Kuasa. Semoga sahabat-sahabat syurga aku ini sentiasa berada dibawah lindungan-Mu Ya Allah. Semoga meredhai segala apa yang mereka lakukan. Kerana ini tiada tandingan nya dari jasa mereka yang sentiasa berada disisiku dan menerima setiap kelemahan aku. Yang sentiasa menjaga aibku.


Aku juga sedar aku bukanlah diantara sahabat yang baik. Tetapi aku sedang usaha untuk menjadi yang terbaik. Inshaa Allah. 

Terima Kasih, Sahabat.


Semoga dapat bertemu di Syurga!

Adios.

No comments:

Post a Comment